Friday, 10 January 2014

Program i-Think - 1

Apakah yang dimaksudkan dengan Program i-Think?

Program i-Think merupakan program yang bertujuan mempertingkat dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif. Dapatan melalui kajian keperluan (needs analysis) menunjukkan bahawa kemahiran berfikir aras tinggi (higher order thinking skill – HOTS) dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah. Sehubungan itu, Agensi Inovasi Malaysia (AIM) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri yang telah dipertanggungjawabkan memacu inovasi negara, bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk merealisasikan impian tersebut.

Bagaimana Program i-Think dilaksanakan?

Kursus i-Think kepada Pemandu Sekolah dan Guru.
Pelaksanaan Rintis Program i-Think (6 SR dan 4 SM) dibandar dan luar bandar pada tahun 2012.
 Pelaksanaan Penuh Program i-Think di semua sekolah secara berperingkat-peringkat pada tahun 2013.

Pihak AIM telah melantik perunding Kestrel Education (UK) untuk mengendalikan kursus bagi program i-Think. Antara alat berfikir yang akan diperkenalkan termasuklah thinking maps, habits of mind, thinking hats, dan Q-matrix charts.

Program i-think
Program i-think merupakan satu program KPM untuk membantu pelajar lebih mudah belajar dan dapat perangsang pemikiran mereka. Mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar.

Definisi Pemikiran

  • Proses menggunakan minda
  • Mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu
  • Menerokai pelbagai kemungkinan idea dan ciptaan
  • Membuat pertimbangan yang wajar bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
  • Membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami

Tujuan Latih KBKK

  • Mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak
  •   Mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah
  • Menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif  
  • Mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit
  • Meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka
  • Bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.
Program i-Think merupakan satu program yang memberi perhatian kepadapeta Pemikiran

  • Peta pemikiran digunakan untuk meningkatkan daya pemikiran seseorang.
  • Setiap peta pemikiran mempunyai proses pemikiran yang disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran.
  • Program i-Think ini, mengemukakan 8 jenis peta iaitu Peta Bulatan, Peta Buih, Peta Buih Berganda,     Peta Pokok, Peta Dakap, Peta Alir. Peta Pelbagai Alir dan yang terakhir adalah Peta Titi.
  • Berikut beberapa contoh peta pemikiran i-Think :-


·         1. (Peta Bulatan)
         

  •            Proses Berfikir = Mendefinisikan Mengikut Konteks
  •            Peta Pemikiran = Peta Bulatan
  •            Peta Bulatan membantu aktiviti sumbang saran dan menyenaraikan semua yang diketahui  tentang perkara atau idea tertentu supaya perkara tersebut boleh diteroka.
  •             Sebagai contoh, jika mahu berkongsi idea tentang sistem suria, tulias perkara yang muncul dalam fikiran dalam lingkungan bulatan luar.   


Bentuk:



Langkah Membina Peta Bulatan:



  •      Lukiskan sebuah bulatan kecil di bahagian tengah
  •      Tuliskan topik utama yang ingin diperkenalkan dalam bulatan kecil tersebut.
  •      Lukiskan sebuah bulatan yang lebih besar mengelilingi bulatan kecil tersebut.
  •      Isikan bahagian dalam bulatan besar dengan segala maklumat berkaitan dengan topik tersebut untuk menjana idea (proses sumbangsaran).
  •       Lukis bingkai di bahagian luar bulatan besar untuk menyatakan sumber rujukan atau sudut pandangan daripada pelbagai pihak.


Contoh:

No comments:

Post a Comment