Aktiviti
kokurikulum di sekolah dapat memupuk dan membentuk keperibadian unggul
seseorang pelajar. Misalnya, melalui kelab dan persatuan pelajar-pelajar
dilatih untuk memegang beberapa jawatan penting dan bertanggungjawab
melaksanakan aktiviti yang dirancang.
Melalui
aktiviti kokurikulum pelajar-pelajar juga dilatih memahami prinsip-prinsip asas
alam pekerjaan yang akan diaplikasi sepenuhnya apabila mereka berada dalam
dunia pekerjaaan dewasa nanti. Pendedahan seumpama ini melalui aktiviti
kokurikulum membolehkan mereka bertindak dan membuat keputusan yang amat
diperlukan oleh seorang pekerja yang berwawasan.
Melalui
aktiviti badan beruniform pelajar banyak belajar tentang perkara yang menyentuh
soal disiplin seperti kepekaan terhadap masa, keperihatinan terhadap
rakan-rakan tanpa mementingkan diri sendiri adalah antara nilai murni yang
sentiasa diamalkan dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Pengelibatan
yang aktif dalam kokurikulum menyediakan pelajar untuk menyesuaikan diri dengan
corak pembelajaran di institusi pengajian tinggi yang amat berbeza
dengan corak pembelajaran di sekolah.
Dalam hal ini, pelajar yang tidak aktif
dalam kokurikulum berkemungkinan kurang kemahiran berkomunikasi dan lemah dalam
membuat persembahan, sedangkan kemahiran tersebut amat diperlukan dalam
sistem pembelajaran institusi pengajian tinggi.
Seseorang
pelajar yang kurang aktif dalam kokurikulum cenderung menjadi pelajar yang
pendiam, tidak suka bergaul serta hanya mementingkan diri sendiri. Oleh itu,
apabila mereka berada dalam situasi pembelajaran di institusi pengajian tinggi
nanti mereka akan terperangkap kerana pada masa itu jumlah pangkat A yang
mereka perolehi di sekolah dahulu tidak lagi menjadi ukuran, tetapi pelajar
yang aktif menyertai aktiviti kokurikulum semasa di sekolah akan lebih mudah
belajar kerana mereka sudah belajar menyiapkan sesuatu tugasan, memahami
pentingnya perpaduan, mudah
bertoleransi dan ada
kemahiran berfikir dan berhujah.
Justeru,
pelajar-pelajar harus melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum,
kerana pelajar yang cemerlang ialah mereka yang seimbang dari segi akedemik,
mudah berkomunikasi dan mudah bergaul.
No comments:
Post a Comment