21 Januari 2014 : LATIHAN DALAM
PERKHIDMATAN 1 : Bengkel ' i-Think' telah diadakan di Pusat sumber SK
Praja, Saratok. Semua guru SK Praja telah hadir bagi mengikuti bengkel
tersebut. Bengkel ini bertujuan untuk membantu guru-guru dengan memupuk
kemahiran berfikir; menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat; mahir di
dalam menyelesaikan masalah dan berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara
kreatif dalam kalangan pelajar sekolah.
i-THINK melahirkan inovator generasi masa depan
Malaysia dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya
untuk menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa akan datang. Dengan mengaplikasikan alat-alat pemikiran ini,
pembelajaran sepanjang hayat dapat diterapkan, dan murid akan dilengkapi dengan
kemahiran yang tepat bagi menghadapi cabaran abad ke-21.
No comments:
Post a Comment