2. Peta Buih
Peta Buih membantu menerangkan
sesuatu perkara atau idea dengan menyenaraikan kata adjektif (kualiti, sifat
atau ciri) supaya boleh menerang dan memahami sesuatu dengan lebih baik.
Sebagai contoh, jika mahu memahami
tumbuhan Rafflesia dengan lebih baik, senaraikan kata adjektif yang
menerangkanny dalam bulatan-bulatan yang berada di sekitar.
Bentuk:
Langkah
Membina Peta Buih:
- Lukiskan sebuah bulatan di bahagian tengah dan labelkan
topik utama di dalamnya.
- Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya untuk diisi
dengan kata adjektif / kata sifat bagi topik tersebut.
- Sambungkan semua bulatan tersebut dengan topik utama
menggunakan garis lurus.
- Senaraikan seberapa banyak kata / frasa adjektif
berkaitan sama ada positif / negatif . Warna yang berbeza boleh digunakan.
- Contoh:
Kata Adjektif – cantik, baik hati,
periang, pandai, pendiam, cemburu, malas
Frasa Adjektif- bertelinga besar, berion positif, bersisik tebal.
Frasa Adjektif- bertelinga besar, berion positif, bersisik tebal.
Contoh:
3.Peta Buih Berganda
Proses
Berfikir = Membanding Beza
Peta Pemikiran = Peta Buih Berganda
Peta Pemikiran = Peta Buih Berganda
Peta Buih menyenaraikan persamaan
dan perbezaan antara dua perkara atau idea supaya dapat membezakan kedua-duanya
dengan membanding dan membeza.
Sebagai contoh, jika mahu
membandingkan kapal terbang dan kereta api, senaraikan persamaan antara
kedua-dua jenis sistem pengangkutan tersebut dalam bulatan-bulatan di tengah
manakala perbezaan pula disenaraikan di dalam bulatan-bulatan yang berada di
luar.
Bentuk:
Langkah Membina Peta Buih Berganda:
- Lukiskan 2 bulatan (berwarna biru dan merah) di dua
bahagian untuk menulis 2 topik (objek / idea) yang ingin dibandingkan.
- Tuliskan kedua-dua topik tersebut di dalamnya.
- Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya termasuklah
di antara 2 bulatan utama.
- Sambungkan semua bulatan dengan 2 topik utama
menggunakan garis lurus.
- Bagi bulatan (berwarna hijau) yang berada di antara 2
topik, gabungkannya dengan kedua-dua topik untuk mewakili persamaan.
- Isikan semua perbezaan di dalam bulatan (berwarna
kuning atau ungu) yang hanya bersambung dengan 1 topik sahaja.
- Peta ini juga boleh digunakan untuk menujukkan
persamaan sahaja atau perbezaan sahaja.
Contoh:
4.Peta Pokok
Proses
Berfikir = Membuat Pengkelasan
Peta Pemikiran = Peta Pokok
Peta Pemikiran = Peta Pokok
Peta Pokok membantu menyusun
maklumat supaya berada dalam kumpulan yang berbeza agar boleh memahami maklumat
tersebut dalam gambaran besar secara menyeluruh.
Sebagai contoh, jika mahu menyusun
senarai makanan yang berbeza, kelaskan butiran yang sama dalam kumpulan yang
sama dan labelkan kumpulan-kumpulan tersebut.
Bentuk:
Langkah Membina Peta Pokok:
- Tuliskan tajuk/topik utama di bahagian atas dan
gariskannya.
- Lukiskan garisan untuk mengasingkan topik utama kepada
beberapa kumpulan/kategori.
- Tuliskan setiap kategori pada setiap cabang pengelasan.
- Senaraikan contoh/penjelasan bagi setiap kategori.
- Gariskan setiap contoh yang ditulis.
contoh:
No comments:
Post a Comment