Sekolah merupakan sebuah institusi secara formal yang
berperanan besar ke arah pembangunan insan, masyarakat dan negara.Sehubungan
itu, tugas guru kini bukan sekadar mengajar dan memberikan ilmu kepada pelajar,
malah menentukan maju mundur sesebuah negara (Sabaruddin Yusof, 1993).Kemajuan
negara ditentukan oleh kualiti pelajar yang dihasilkan. Pelajar yang cemerlang,
kreatif dan inovatif akan menyumbang ke arah pembangunan, kemakmuran dan
kestabilan negara.
Dalam bidang pendidikan, Coladarci (1992)mendefinisikan komitmen sebagai unsur-unsur psikologi guru yang berkait rapat dengan profesion perguruan.Tingkahlaku guru yang mempunyai satu kepercayaan yang kuat terhadap nilai dan matlamat, bersemangat sukarela untuk berusaha meningkatkan pencapaian organisasi dan keinginan untuk terus kekal di dalam organisasi sekolah. Manakala dalam konteks masyarakat moden, perkataan guru membawa maksud yang luas dan tidak terbatas. Individu yang melibatkan diri mereka samada secara formal atau tidak formal bagi menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada orang perseorangan atau kelompok individu digelar sebagai guru(Atan Long, 1984).Dari segi tanggungjawab, guru merupakan golongan profesional kerana profesion ini lebih mementingkan perkhidmatan daripada ganjaran kewangan dan merasa kebertanggungjawaban dalam semua tindakan dan keputusan yang dibuat (Sufean Hussin,1993).
Guru harus mempunyai komitmen,
berkualiti dan jati diri yang tinggi agar murid mempunyai keyakinan diri dan
kefahaman tinggi terhadap apa yang diketengahkan oleh guru, (Kamaruddin, 1989). Menurut Ong Chon Sooi (1995) komitmen guru kepada organisasi adalah rendah
berbanding komitmen guru kepada profesion. Tanda-tanda seperti peningkatan bilangan guru yang memohon persaraan
pilihan merupakan tanda kemorosotan komitmen kepada organisasi.Guru yang berkesan menunjukkan komitmen yang lebih tinggi kepada organisasi sekolah berbanding
dengan guru-guru yang kurang berkesan(Rosenholtz,1989). Guru yang berkesan ini
didapati sentiasa menghabiskan masanya
bersama-sama para pelajamya. Menurut Rosenholtz, sekolah yang mempunyai guru yang tinggi komitmennya akan turut menyumbang
pencapaian akademik sekolah yang tinggi.
No comments:
Post a Comment