1. Penerangan Yang Jelas
Kajian menunjukkan kebanyakan pelajar tidak cemerlang dalam kerja
rumah dan tugasan kerana mereka tidak tahu apa yang patut mereka lakukan. Guru
sepatutnya memberikan sedikit masa untuk menjelaskan perkara berikut :
a. Kenapa tugasan yang diberikan itu
penting?
b. Apa kaitan sesuatu subjek dengan
kehidupan?
c. Memastikan pengetahuan asas mereka
mantap.
d. Beritahu bagaimana hasil kerja mereka
akan dinilai.
2. Ganjaran
Pelajar yang tidak mempunyai motivasi dalaman
yang kuat boleh dimotivasikan secara luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk
ganjaran. Lihat apa kebaikan dan kelebihan pelajar dan suburkannya, mereka
pasti mengulangi kebaikan ini di lain masa. Pelbagai bentuk ganjaran boleh
diberikan seperti hadiah, puji-pujian, pelepasan dari tugas harian dan
sebagainya.
3. Tetapkan Matlamat
Setiap pelajar mestilah disuruh menetapkan
matlamat untuk setiap mata pelajaran yang diambil. Ikuti perkembangan pelajar
dan pastikan setiap pelajar mampu merealisasikan matlamat masing-masing.
4. Ambil Berat
Pelajar akan memberikan tindakbalas yang
positif terhadap guru yang ambil berat tentang diri dan masalah mereka.
Memahami adalah lebih baik dari menghukum. Ada ketikanya guru perlu bercerita kisah
lampau, memberitahu kesilapan-kesilapan yang pernah mereka lakukan, dan
lain-lain sebagai suatu teladan untuk pelajar. Ini penting untuk mewujudkan
jambatan emosi, saling mempercayai dan saling bertanggungjawab. Sekiranya
mereka melakukan kesilapan, pastikan mereka faham semua orang boleh lakukan
kesilapan tetapi jelaskan kepada pelajar iaitu manusia yang berjaya ialah yang
belajar dari kesilapan. Sentiasa tanya apa matlamat mereka? Apa perancangan
mereka? Sejauh mana progress mereka? Apa minat mereka? Apa kerjaya pilihan
mereka? Dan sebagainya.
“Pelajar
tidak prihatin sejauh mana anda tahu sehinggalah mereka tahu sejauh mana anda
prihatin terhadap mereka”.
Ada ketikanya guru perlu bertemu pelajar pelajar
secara personal untuk membuktikan yang mereka benar-benar ambil berat tentang
mereka. Malah usahakanlah dari semasa ke semasa mengatur sesi perbincangan
personal ini dengan semua pelajar.
5. Penglibatan Pelajar
Salah satu kunci motivasi diri ialah
penglibatan aktif pelajar dalam pembelajaran. Berdiri di depan kelas dan
memberi syarahan untuk memotivasikan mereka lambat laun tidak akan meninggalkan
sebarang kesan. Rangsang pelajar untuk terlibat dalam aktiviti seperti
perbincangan kumpulan, penyelesaian masalah, aktiviti luar, interaksi antara
pelajar dan saling membantu. Pelajar akan lebih bermotivasi apabila mereka
berasa diri mereka penting dan diperlukan. Oleh itu libatkan setiap pelajar
dalam pelbagai kerja guru seperti mencari biografi orang tertentu, menyusun atur
bilik darjah, mengangkat buku dan sebagainya.
6. Penuhi Keperluan Pelajar
Guru mestilah sedar bahawa setiap pelajar
memerlukan daya hidup, kasih sayang, kuasa memilih, keseronokan dan kebebasan.
Misalnya memberikan peluang pelajar memilih satu dari dua tiga tajuk untuk
disiapkan, atau satu daripada beberapa aktiviti untuk mereka terlibat,
memberikan mereka kuasa memilih. Adakan juga aktiviti pembelajaran yang mereka
rasa seronok kerana bebas menyumbang sebarang idea.
7. Lebihkan Pembelajaran Visual
Berikan penerangan dalam bentuk visual agar
pelajar mampu memahami dan mengingati dengan lebih berkesan. Gunakan bahasa
visual, gambar, lakarann, graf, carta, imej 3D dan sebagainya. Berikan gambaran
jelas dengan peta konsep agar pelajar tahu apa kandungan penting sesuatu bab
dan dapat melihat kaitan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain dalam
bab tersebut. Ini membolehkan pelajar membentuk rangka asas terhadap satu-satu
topic baru dan seterusnya menimbulkan minat dan meningkatkan pemahaman mereka.
8. Gunakan pelbagai emosi untuk merangsang
pembelajaran dan motivasi
Kekuatan memori ada kaitannya dengan tahap
emosi yang membentuk pengalaman seseorang. Pelajar akan lebih mudah mengingat
dan memahami sesuatu yang disertai dengan pendekatan emosi. Pelajar akan lebih
bersedia untuk belajar apabila ada unsure-unsur kepelbagaian emosi kerana
mereka tidak akan bosan. Jangan malu untuk mempelbagaikan watak, gaya dan pendekatan anda
demi menarik minat pelajar terhadap apa yang mahu anda sampaikan. Sebagai guru,
hakikat siapa anda tidak penting. Yang penting ialah siapa mereka 10-15 tahun
yang akan datang.
9. Ajarkan Mereka Strategi dan Teknik
Ajarkan mereka teknik pembelajaran berkesan,
pengurusan masa, kaedah membaca, kaedah mengambil nota dan sebagainya. Tanam dalam
fikiran pelajar bahawa “Belajar Itu
Mudah”. Pecahkan sebarang halangan mental terhadap mata pelajaran akibat
terpengaruh oleh pendapat orang lain. Misalnya ramai pelajar percaya bahawa “Matematik itu susah”.
10. Terima Pelajar Seadanya
Ramai guru yang berkata bahawa mereka lebih
suka sekiranya pelajar mereka semuanya rajin, pandai, gigih, tekun dan
berdisiplin. Mereka tidak sanggup terima kenyataan bahawa tidak semua pelajar
begitu. Mereka memandang pelajar yang bermasalah ini dengan sebelah mata. Pelajar
ini tidak dipedulikan sebab mereka rasa pelajar ini sukar dibentuk. Di snilah
berbezanya antara guru biasa dengan guru cemerlang. Guru cemerlang akan terima
pelajar seadanya dan menjangkakan kejayaan untuk setiap pelajar ini. Hanya
dengan memberikan yang terbaik sahaja maka seorang guru akan berasa puas dengan
kariernya. Ramai pelajar gagal kerana guru telah meramalkan kegagalan mereka.
Guru mesti sentiasa
faham, mengajar bukan sekadar memberikan maklumat dan penerangan semata-mata.
Mereka juga perlu mempengaruhi pelajar dari segi budaya, pemikiran dan
tingkahlaku.
Guru juga perlu berhati-hati dengan ucapan dan
pandangan yang dilontarkan kepada pelajar kerana kesannya sangat besar dalam
hidup pelajar.
Anda hanya ada dua cara
untuk membuatkan anda sentiasa diingati oleh pelajar – sebagai seorang guru
yang disayangi ; atau sebagai seorang guru yang dibenci. Mana-mana guru yang
berada di antara dua kategori ini akan dilupakan. Apa pilihan anda?
11. Berikan Kata Perangsang
Cipta beberapa kata jaya yang menjadi
perangsang kepada pelajar anda. Ulangi kata-kata ini. Lekatkan kata-kata ini
dalam kelas supaya ia lazim dalam pemikiran pelajar.
Contohnya :
“Doing
the best at this moment puts you in the best place for the next moment”
“Nobody
plan to fail but many fail to plan. So, lets plan our work and work our plan”
“Problems
and difficulties give us the chance to become stronger… and better… and
tougher.”
12. Amalkan Prinsip 3F
Iaitu
‘Firm’, ‘Fair’ dan ‘Friendly’ atau Tegas, Saksama dan Mesra